Hi semua! Siapa kat sini minat drama Korea? Angkat tangan! Haaa, aku pun salah seorang la. Tapi takde la asal Korea semua minat..Diingatkan, ini hanyalah berdasarkan minat personal saja ya. Mana-mana yang masuk list ni yang aku layan la wei. Kalau nak dikira, memang banyak sangat produksi drama Korea saban tahun. Siapa yang minat melayan komedi-romantik, memang ini lah senarai drama Korea sepanjang tahun 2017 & tahun ni 2018 yang WAJIB anda layaaann. 😁
1. Because this is my first life (2017)
|
credit:videodramareview |
Drama ni sempoi, on top of my list. Go to drama aku yang aku pun tak faham kenapa aku ulang tengok beberapa kali. Berpegang pada prinsip YOLO (You Only Live Once), drama ni banyak mengajar orang-orang muda macam kita-kita mengenai kehidupan. Tak selalunya cerah, tak sentiasa indah, tak selamanya duka, tak perlu takut untuk buat silap, dan jugak perlunya kawan walau kita ada segalanya. Sanggup kahwin kontrak sebab rumah sewa, kau rasa?! Lee Min-Ki memang tak asing dalam dunia lakonan. Kau bagi je watak apa pun, semua dia main elok je. Jung So-Min punya lakonan pulak bagi aku selalunya banyak dipengaruhi siapa hero dia. Dia boleh jadi sweet, dia boleh jadi nakal, dia boleh jadi girly, dia boleh jadi macam-macam mengikut chemistry dengan hero dia. Dalam drama ni, fuhhh, memang gandingan Min Ki - So Min menjadi lah bagi aku. Sorang kejung sorang lively. Siapa-siapa minat nak melayan drama ni, nah aku bagi:
tekan sini ya.
2. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2017)
|
Credit: Soompi |
Ni lagi satu drama-drama ringan yang aku layan. Hehehe. Satu sebab Biblee (da terbiasa panggil nama IG dia) aka Lee Sung Kyung tu kiut sangat. Dua, sebab drama ni melawan arus perdana Korea dari segi kecantikan (walaupun lah). Dalam drama ni, heroin tu termasuk dalam kategori tak menarik lah kalau di Korea - gempal, tak suka melawa, makan banyak, selamba badak, boyish, etc Drama ni juga tunjuk macam mana gigihnya atlet angkat berat menjaga disiplin mereka sebab cita-cita nak main wakil negara. Hero dia tak kurang hensem wei...model kot. Kena la seiringan tinggi dengan Sung Kyung yang menggalah ni. Pelakon pembantu dorang memang best! Paling tak leh blah, Bok Joo dengan 'SUWAGGGG' nya. Nah, ni link nya :
sini sini!
Baru dua, tap mungkin korang dah nampak pattern drama-drama pilihan hatikuu kann. Light - light je sebab tujuan tengok drama nak relaxs.
3. Strong Woman Do Bong Soon (2017)
|
Credit: Yahooview |
Satu je, cita ni memang tak masuk akal. Saiz Bong Soon ni cinonet je kot, tapi konon kuat macam Hulk. hahahah, kau layankan aje lah. Min-Min & Bong-Bong couple yang kiut memang akan menawan hati korang. Dalam gatal-gatal ada juga thrill nyer. Aku betul seram dengan antagonis dia yang sadis tu. Ahh, malas lah cite. Layan sendiri, klik
sini.
4. Goblin (2016/2017)
|
Credit: Xoclate |
Ah sudah, yang ni takyah citer lah. terlalu famous dan tersangat cantik sinematografi dia wei. Tiba-tiba semua rasa nak pegi Quebec, pegi semua lokasi dia lah, kannn,kann kann. Ni kira tipu sunat la..sebab cita ni tayang hujung tahun 2016 sampai awal tahun 2017. Boleh kira 2017 la kannnn. Banyak adegan-adegan yang tak dapat dilupakan. Pastu hero dia, pergh, tiba-tiba naik saham balik kottttt.. argh, berebut! Heroin dia, again, defying the beauty standard in Korea. Perlu citer ke? Layan kat
sini
Masih mengikuti senarai ni? Ayuh ke tangga ke seterusnya..btw, drama-drama ni disenaraikan secara rawak je, bukan mengikut yang aku paling suka ke apa, walaupun Because it's my first life tu memang yang paling aku suka. Aiyo.
5. The miracle that we met (2018)
|
Credit: Kholic.id |
Ok, ok..sekarang kau bayangkan, nama si A dengan si B ni sama, al kisahnya dua-dua terlibat dalam kemalangan, sekali Exo's Kai, si malaikat maut tu konfius, salah cabut nyawa. Ahli keluarga pulak punya la cekap mengurus mayat, terus di bakar nya tak menyempat. Bila si malaikat maut tu tersedar yang dia dah salah dan cuba hantar balik roh tu ke badan dia,memang takde la! So, apa dia buat? Dia seru masuk roh si B dalam badan si B walau hakikat sebenar si A tu dah meninggal. Ditambah dengan perangai dua-dua yang beza langit dengan bumi, gitu juga tahap rupa paras mereka, terpaksa la roh si B ni cuba menyesuaikan diri dengan sekeliling. Yang paling pening, keluarga dorang la - dah buang tebiat ke apa? Ok, tengok kat
sini yer!
6. Pretty Noona who buys me food / Something in the rain (2018)
|
Credit: Trisha the fangirl wordpress |
Kecoh seketika masa drama ni tiba-tiba ditayangkan. Takde angin, takde ribut, tup tup tup Son Ye Jin kembali ke drama! Kali ni dia mengorat lelaki lagi muda dari dia..lagi pusing, laki tu ialah adik kepada kawan baik dia! Haaa. Jung Hae In pulak nampak kemain lagi muda dalam drama ni. Drama ni bermula agak baik la, walaupun plot dia agak perlahan..tapi ada kesah? melayan rom-com kot... tapi episod belakang-belakang tu macam,erm..nak kata caca merba pun tak, nak kata takde idea pun tak tau la..tapi yang pasti seronok tengok chemistry dorang berdua..hati bunga-bunga.hehe. Ok tengok kat link ni ek -->
LINK.
7. School 2017 (2017)
|
Credit : Soompi |
Siapa sini yang layan series School? Aku tak pernah. Dia macam series Reply la lebih kurang..Tapi yang ni aku tengok sebab Kim Se Jeong... aduhhh pengaruh Kim Jun Ho la ni! Drama ni ringan pada otak. Iya lah, citer budak sekolah kot. Isu dia takde la mengenai jual beli saham, bunuh membunuh musuh perniagaan just kesahnya Ra Eun-Ho ni suka berangan melukis komik - seorang budak sempoi la, tiba-tiba terlibat dengan si X yang ntah dari mana. Tapi tetap juga dorang selitkan sarkastik membidas masyarakat sana. Well, kisah main kejar mengejar macam kita zaman sekolah-sekolah dulu je pun. (Ke aku je?). Seronok gak la melayan. Dapat tengok banyak bakat-bakat baru berlakon gak. Menjadi dorang nya lakonan. Tadak la kakuuu ja. Ok tengok
sini ek.
8. Your House Helper (2018)
|
Credit: Kpopchart.net |
Kalau di Malaysia rasanya banyak je khidmat bersihkan rumah yang ditawarkan. Tapi kalau kat Korea, ianya macam satu trend yang baru nak bermula. Sama gak dengan situasi rumah sewa. Di Malaysia, satu perkara biasa sewa rumah dengan strangers- janji sama jantina. Tapi di Korea, konsep ni dorang panggil House Share dan baru jugak dipraktikkan - maksudnya selama ni dorang sewa 1 rumah duk 1 orang aje lah? Nangis poket. Ok, berbalik pada drama ni. Your House Helper ni berkisar tentang seorang lelaki yang kerja dengan syarikat kemas rumah. Laki wei. Dia ada isu peribadi dia tersendiri sebenarnya. Sambil dia kerja mengemas rumah orang tu, dalam masa yang sama dia selalu menyelami kisah-kisah peribadi dengan klien dia, saling bertukar idea dan bagi nasihat mana patut. Kiranya akhir tugasan, bukan takat rumah kemas, hati pun tersusun kemas jugak. Ha Seok Jin kot, my man, my man - scoot away!
Nonton sini ek
9. Thirty but seventeen / 30 but 17 / Still 17 (2018)
|
Credit: DramaFever |
Seronok wei tengok drama ni. Rasa tak mau jadi dewasa, nak jadi budak kecik sokmo. Satu kemalangan merubah hidup dua remaja. Sorang trauma, jadi takut nak ada sebarang hubungan dengan orang lain..lagi sorang, koma selama 13 tahun. Kiranya sebenarnya dalam kata lain, dua dua ni masih terlekat dalam umur 17 walau hakikat dah berusia 30 tahun. Si lelaki yang trauma tu dah berjaya kot dalam kehidupan, ada kerja elok..tapi ada sikit habit pelik ukur-ukur benda untuk dijadikan versi mini. Ntah la, berkait dengan trauma dia ke tak. Yang si perempuan pulak, akhirnya tersedar dari koma selama 13 tahun. Wajah pun dah berubah kot. Kesian dia nak menyesuaikan diri dengan dunia sekarang. Dah la memori kabur kabur je-family takde (part ni aku pun pening, cemano lah)...
layannn je
10. About Time (2018)
|
Credit: HelloKpop |
About Time has been consistent in delivering the relatable bitterness of life paired with the mystical strings of fate just like any other romantic drama. What sets it apart from other fantasy-romance themed stories is the staggering character development that draws viewers to root for their happy endings. Walaupun endingnya sedikit lemah, tapi pengisian drama ni memang menarik. Lagi-lagi dapat tengok ahjussi yang handsome dan juga boleh enjoy Lee Sung Kyung (BibLee) punya nyanyian. Suara dia memang sesuai sangat untuk nyanyi lagu-lagu Disney gituu. Link sini.
Bonus. Something about 1% (2016)
|
Credit: MyDramaList |
Yeah, saving the best for the last..so..I know I'm wrong .. but it's right kinda wrong! Well it's neither from 2017 nor 2018 but 2016! But I really really have to share about this drama. Oddly addictive like the first one on the list except this one more cliche. Aku memang super love this one too. Tengok berapa puluh kali pun takpe..sampai la external aku rosak..terpaksa la berhenti repeat marathon drama ni.. Again, my man, Ha Seok Jin & Jung So Min- cara dia bawa karakter ni best kot. Macam tak berlakon pun. Sempoi sangat. tolong la bagi chance dan tengok drama ni. Pastu share la pendapat.. oh hati bertaman sebab drama ni... klik
sini
No comments:
Post a Comment
Say something... ^_^