Tuesday, September 11, 2018

My weight loss journey







 
2015


2016



2017



2018




After being in & out of the hospital since May

I was already losing weight from dieting before I got sick. I realised that I've gone overweight when I was working with ARI - well good food, too hard to resist..I was at my heaviest...and started dieting right away after I left ARI in 2016. I reduced my carbs, red meat, caffeine and sugar intake. By 2018 I was already down to 68kg from 90++kg. After I got sick, I lost even more weight, I'm currently around 55kg-59kg.



Sunday, September 9, 2018

Getting there, getting better - Episode 6

sambungan dari episod 5...

"Post laparotomy myomectomy for leiomyoma" lah yang aku dengar setiap pagi sewaktu rondaan rutin dilakukan oleh Doktor Pakar. Fibroid aku tu 'leiomyoma' dan 'laparotomy myomectomy' merujuk kepada bukaan di abdomen tu. Selepas pembedahan, luka operation aku sembuh dengan cantik-bak kata Doktor.. takde nanah, takde komplikasi berkaitan luka. Cuma keadaan buah pinggang yang sebelum ini dikompress oleh fibroid, masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Bacaan GFR yang sangat rendah, lebih kurang 17 je. Creatinine pulak baru nak turun, dalam range 500++.. Pendek kata, keadaan kidney aku sangat tenat. Oleh itu, Doktor Nephro mengarahkan aku diberikan 5 beg drip setiap hari. Bayangkan 5 beg sehari, 10 hari = 50 beg wei! Tambahan pula, aku dipasangkan CBD - beg urin..masuk lah air berapa banyak pun, takkan merungut untuk ke tandas lah..Badan aku masa ni lebam-lebam teruk sangat sampaikan drip dimasukkan ikot salur kat leher tu, darah pun ambik melalui situ je. 


Dua hari selepas pembedahan, Dr. Anita sempat meluangkan masa melawat aku di HRPZ (II). Dia mengucapkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan. Sambil tu, sempat juga dia memberitahu kepada nurse supaya menghentikan drip kepada aku. Katanya, " Saya rasa dah boleh hentikan drips dulu ni, dah lebih air ni. Patient dah lebih air ni"Tapi nurse tetap bertegas, kata mereka, ini arahan dari unit nephro dan mereka tak berani untuk ingkar. 5 hari setelah pembedahan, aku dibenarkan pulang ke rumah. Waktu ni aku dah rasa tak sedap badan. Badan aku sangat-sangat kembung masa ni, kembung dengan air. Aku ingat lagi bertanyakan kepada salah seorang HO in charge, " Doc, kenapa saya rasa macam lelah bila nak baring ya?", lalu dijawab, " Kalau rasa macam tu, lapikkan bantal kat belakang badan,tinggikan sampai rasa selesa, jangan lupa naikkan juga katil". Jadi aku ingatkan takde hal la rasa lelah camtu. Drip aku hanya dihentikan pada saat-saat akhir sebelum pulang je wey. Gigih la dorang nak dripkan aku. Masa ni, aku tak muat baju yang aku bawak wei.. baju aku yang saiz XXL tu tak muat. Bayangkan betaapa kembung nya aku masa ni.

Balik je rumah, malam tu, ngantok sangat dah, aku cuba nak baring tapi tak boleh. Rasa macam sesak nafas gitu. Tapi sebabkan dah tanya Doktor awal-awal, katanya takde apa hal cuma tinggikan bantal je, so aku tinggikan lah..alamatnya, keadaan duduk ialah paling selesa. Banyak masa aku duduk depan tv je. Tak larat nak bergerak walau ke tandas. Gerak 5 langkah dah tercungap-cungap. Makan minum semua umi sediakan. Aku tidur dalam keadaan duduk 90 darjah ya selama 5 hari. Waktu ni badan aku sekembung-kembung amat. Bagai dipam angin! Kulit aku pun habis pecah, menggelupas dan merekah. Aku memang tak larat nak berjalan - jadi mengah macam lari pecut! Badan aku berat gila. Nak cakap pun tercungap-cungap. Tapi aku tetap jugak bertahan. Sebab hari ke 10 selepas pembedahan, aku perlu ke Wad Mawar untuk membuka stapler pembedahan. 30 Mei 2018, aku ke Wad Mawar, HRPZ (II). Sampai je sana, aku naik kerusi roda. Masih tak mampu berjalan. Waktu di wad, berat aku ditimbang, 80kg weh!! 80kg penuh kembung dengan air.
  

Nurse mintak aku tunggu di bilik rawatan untuk buang stapler. Prosedur ni simple saje, day care je. Bila nurse suruh baring, aku cakap, " saya tak boleh. Lemas." Aku cakap kat nurse, "buang je cepat-cepat ya nurse. Saya rasa lemas, tak boleh bernafas!" Laju je tangan Nurse Che Pah buang 34 stapler tu. Serius, kelemasan mengatasi  sebarang kesakitan.  Siap je buang stapler tu, nurse keluar untuk memanggil Doktor untuk memberikan pengesahan. Aku mintak untuk duduk sebab aku memang rasa sesak nafas. Datang je doktor, tekejut beruk semua orang! Sebenarnya, keadaan aku sangat-sangat tenat!!
 Aku terus diarahkan masuk wad serta merta! ECG, ECHO ujian jantung terus diaturkan. Aku sebenarnya sedang kelemasan. Air sudah memasuki paru-paru dan juga menjejaskan jantung.  Keadaan aku didiagnosis kan sebagai, APO (Acute Pulmonary Eodema). dilated cardiomyopathy. Keputusan ECHO menunjuk kan 31% , kemerosotan fungsi jantung yang teruk. Aku dipakaikan salur oksigen untuk membantu pernafasan. Serta merta aku diberikan Lasix untuk buang air berlebihan dalam badan dan juga bisoporolol untuk menstabilkan jantung. Elok aku berehat di wad, datang pulak unit infection control, katanya macam ada terjumpa kuman e-coli dalam urin aku. Maka nya aku perlu dipindahkan ke bilik pengasingan. Aku di situ sehingga lah dibenarkan pulang pada 6 Jun 2018. Takde jangkitan e-coli pun cuma langkah berjaga-jaga je. Punya la boring kan sebab terasing. Nasib baik la Dr Syahrin bertugas di Wad Mawar ketika tu. Dia je la yang sudi jenguk-jenguk aku.
sebelum & selepas Lasix selama 6 hari
muka tak dapat terima hakikat kena warded balik-isolation room pulak tu

allowed to go home after a week. Sooo happy!
TCAs and appointment masih ada lagi. Tapi stakat ni aje lah cerita bersiri ni.
Aku tak larat nak cerita in details, sebab nanti korang makin tak paham, complicated sangat.
Kiranya ok lah cerita stakat ni. Lepas ni jangan lupa jaga makan, jaga kesihatan.
Antara perkara yang aku selalu ambil remeh sebelum ni.
Ok bye!  Next entry aku tunjuk evolusi seorang Kapika ya

If you have any questions regarding fibroid, or the treatment or want me to recommend the Doctor for you, just drop your message in the comment section below.






Sunday, September 2, 2018

Getting there, getting better - Episode 5

Beberapa hari sebelum pembedahan, aku diberikan pemindahan darah kerana tahap hemoglobin aku yang terlalu rendah. Persediaan untuk operation lah ni. 3 beg darah in total. Beg pertama, OK.. beg kedua, NOT OK!!! Badan aku memberikan reaksi alahan yang teruk kepada beg darah yang kedua. Sewaktu pemindahan darah sedang berlaku, tiba-tiba muka aku jadi kemerah-merahan macam naik ruam tu, pastu terus gatal-gatal yang amat sangat..pastu teruk jadi macam bengkak cemana ntah, macam terkena sopak garam. Nak menangis aku panggil nurse! Tengok je la sendiri macam mana keadaannya. Nasib baik nurse ada, terus datang inject ubat. Nasib baik beg ketiga tu takde reaction dah..berdebar weh!
Dah la aku sememangnya dah swollen dek kerana drip yang tak putus- arahan dari Nephro team. Kau bayangkan perasaan aku.. belum sempat beg drip ni habis, nurse dah datang sangkut the next beg. Nangis wei...redha je lah, ni semua kerana keadaan buah pinggang aku yang terjejas teruk masa tu. Doktor Nephro siap pesan lagi, selain drip ni, kalau mampu, minum la air 3L sehari untuk bantu bersihkan buah pinggang.. masa ni urin aku berwarna sangat gelap, dah bercampur darah skali rasanya. Kadang-kadang ngalahkan Nescafe O kalernya - kondisi ini dipanggil, hematuria. Setiap subuh, akan ada HO yang kejutkan aku untuk ambik darah bagi renal profile (RP). Dah la satu badan dah kembung, habis lebam sebab urat aku halus - susah nak ambik darah. Kadang-kadang 2,3 orang HO datang try & error. Aduhhhh.

Pada malam sebelum pembedahan nurse dah datang bagitahu yang aku kena puasa untuk operation esoknya. Keesokkan pagi, subuh-subuh lagi nurse cakap yang aku dah boleh siap-sedia untuk dibawa ke dewan bedah. Apa lagi, aku mandi kasi wangi lepas tu pakai baju operation, then duduk tunggu stretcher sampai. Masa ni aku dah berdebar-debar gila. Aku duk ulang baca doa tidur je- ye lah aku mungkin tidur tak bangun-bangun wey. Aku ulang doa tidur smpai la aku dibius.


Pembedahan mengambil masa lebih kurang 4,5,6 jam la.Ntah nya aku pun tak pasti. Yang pasti, Umi aku cakap yang Dr. Anita keluar dari dewan dengan muka gembira sambil mengucapkan tahniah kepada ahli keluargaku. Katanya, alhamdulillah, tahniah kerana semuanya sudah selamat dan ianya hanyalah fibroid-bukan kanser. Jadi tak perlu sebarang kimoterapi selepas ini. Umi aku dan Dr. Anita sama-sama nangis sambil berpelukan.
 

Sewaktu berjumpa pakar bius tempoh hari, beliau ada menyatakan kebimbangan yang aku mungkin akan terus koma dan mungkin akan dimasukkan ke ICU selepas pembedahan. Namun, dengan kuasa Allah swt, selepas pembedahan, keadaan kesihatan aku amat baik dan aku mampu bertindak-balas kepada para doktor. Maka aku terus dibenarkan dibawa ke Wad Mawar semula. Kaki aku dibalut dengan mesin pengurut bagi melancarkan aliran darah. Betapa rimasnya sebab panas sangat. 2,3 jam selepas pembedahan tu aku mulai sedar sebab terasa amat dahaga. Rupanya baru ku tahu, bila kita menjalani pembedahan, tekak akan rasa berkahak dan batuk-batuk tu perkara biasa. Cuma ianya azab sebab aku kan operate kawasan perut..nak batuk kan tenaga datang dari kawasan perut...bayangkanlah kesakitannyaaaaaa..rasa macam nak terburai balik tempat operate tu. 

Nampak tak macam mesin sebelah aku dalam gambar tu? Tu la mesin yang ada ubat tahan sakit - morfin. Setiap pesakit yang baru siap dibedah selalunya dibekalkan dos morfin ni. Pesakit boleh tekan sendiri dos ni setiap kali rasa sakit. Ada pesakit yang tak dan dan asyik duk tekan sampaikan mesin ni hang! Aku pulak, punya la lalok, tak rasa sakit apa pon, tak tekan sampai sudah. Sewaktu nurse datang meronda dorang terkejut bila tengok morfin aku masih lagi banyak. Apa lagi dorang yang tekankan. Selepas operation ni aku rasa penat duk asyik batuk je manjang. Rasa kering tekak tapi tak lapar. Lagipun aku tidak dibenarkan makan dulu sebab operation tu kan usik organ dalaman aku. So kena hati-hati, kot terkejut.

Lalu bermula la episod sebagai pesakit dengan titlte "Post laparotomy myomectomy for leiomyoma". Canggih kann nama operation aku tu. Itu la yang aku dengar setiap pagi bila HO repot kepada Doktor datang meronda. Lagi satu, sedar-sedar dari operation aku perasan ada 3 tiub amenda ntah tergantung at leher aku. Rupanya, sewaktu pembedahan Dr.Anita dah siap-siap  pasangkan tiub2 kat part yang doktor toreh untuk letak ivc filter sebelum ni, sebab dia tengok badan aku dah kembung dan bengkak, susah nak ambik darah dan masukkan air ke apa. Dan selepas ni, menyusul lah episod huru-hara aku. Penyakit dah buang, penyakit lain pulok dapat! Aduhai



Popular posts from this blog

Labels

korea trip. (12) VIPS (9) 1n2d (7) 2ne1 (7) Kelantan (7) Malaysia (7) travel Seoul (7) appreciation of our life so far (6) BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR 2012 MALAYSIA (5) Big Bang (5) another blog (5) budget travel South Korea (5) mine (4) BIG BANG.KPOP (3) BLUE (3) GDTOPRI (3) IN SEOUL (3) Korean Music Wave Malaysia 2011 (3) Namu guesthouse (3) bajet baek punya.winter trip korea. (3) berbaloi-baloi (3) big show 2012 (3) gd (3) korea in February (3) minebuddySeoul (3) snorkelling (3) winter korea (3) 3 tones thai silk (2) 3idiots (2) Affordable thai silk (2) Alhamdulillah (2) BIGBANG FINAL ALIVE (2) BIGBANG Seungri (2) Bukchon Hanok Village (2) CL-BOM-MINJI-DARA (2) Family (2) Hapjeong (2) PRO ARGI-9 PLUS (2) PRO ARGININE PLUS (2) Paris (2) abdul's chalet (2) alive world tour (2) and.here cafe (2) best (2) bigbang alpha+ concert (2) bigbangcomeback (2) bigshow (2) bigshow 2012 soon (2) budget travel to south korea (2) buku kanak-kanak (2) coffee prince (2) how to get there (2) hyehwa station (2) i love it:D (2) krabi (2) love-hate accounting (2) naksan park (2) seoul runaway (2) travel plan (2) #themist (1) 10cm (1) 1Mil hits (1) 2010 dramas (1) 2012 (1) 2015 (1) 2015 in an entry (1) 3d2n trip (1) 3rd time (1) ACCOUNTING (1) B1A4 (1) BB (1) BEAUTIFUL? COME VISIT MALAYSIA TRULY ASIA~ (1) BIGBANG ALIVE EDITION (1) BIGBANG BIGSHOW ALIVE 2012 (1) BIGBANG IN MALAYSIA (1) CONFERENCE (1) Cari Thai Silk (1) Choice37 (1) Dolce Vita Pension (1) Dublin (1) GD's luxurious vacation pension (1) Gwangjang market (1) HRTHEMIST (1) HUSM Ophthalmology (1) Hatyai (1) ISMLGT 2015 (1) ISMLGT 2016 (1) Kpop Backstage (1) Liverpool (1) London (1) Mistine super black eyeliner (1) Namsan Tower (1) Q-ing for BIGBANG alive ticket (1) Siem Reap (1) Singapore (1) The Mist For Him (1) Trick eye museum (1) YG (1) a gentleman's dignity (1) about life (1) adorable (1) andrew jung mural (1) angel wings (1) anti oksidant yang tinggi (1) attending shows (1) bachelor vegetable shop (1) backpacker tips (1) bagaimana merawat juling (1) bajet ciput (1) bau mewah (1) bb cream gold (1) bb oil control mousse (1) beijing (1) beli buku online (1) bigbang daesung (1) buddy and Seoul (1) buddy n Seoul instead of Mind body n soul (1) budget travel to Perhentian (1) bukit keluang (1) cheap trip (1) coex (1) coma back after 2 years. :D we'll be waiting (1) couchsurfing (1) dewasa juling (1) dongguk univ (1) easy right?english is simple (1) eyes surgery (1) fiqahlee made it to UK (1) giffarine thailand (1) hello kitty cafe (1) hongdae flea market (1) i love my mom (1) korean drama 2012 (1) kwontwins (1) master of accountancy (1) mistine BB CREAM (1) mistine product (1) oh memories~~~ Winter korea (1) order from korea (1) pembedahan juling (1) please look after Mom (1) prof bashir kim (1) rawatan mata juling (1) rice milk soap (1) room rates at Dolce Vita (1) safy angkor wat (1) samseong station (1) seoul mosque (1) taman botani negara shah alam (1) thai products (1) thai silk murah (1) the mist (1) the mist inspired body mist (1) trip korea (1) two weeks trip (1) uitm machang (1) winter trip korea (1) yg building (1)