Beberapa hari sebelum pembedahan, aku diberikan pemindahan darah kerana tahap hemoglobin aku yang terlalu rendah. Persediaan untuk operation lah ni. 3 beg darah in total. Beg pertama, OK.. beg kedua, NOT OK!!! Badan aku memberikan reaksi alahan yang teruk kepada beg darah yang kedua. Sewaktu pemindahan darah sedang berlaku, tiba-tiba muka aku jadi kemerah-merahan macam naik ruam tu, pastu terus gatal-gatal yang amat sangat..pastu teruk jadi macam bengkak cemana ntah, macam terkena sopak garam. Nak menangis aku panggil nurse! Tengok je la sendiri macam mana keadaannya. Nasib baik nurse ada, terus datang inject ubat. Nasib baik beg ketiga tu takde reaction dah..berdebar weh!
Dah la aku sememangnya dah swollen dek kerana drip yang tak putus- arahan dari Nephro team. Kau bayangkan perasaan aku.. belum sempat beg drip ni habis, nurse dah datang sangkut the next beg. Nangis wei...redha je lah, ni semua kerana keadaan buah pinggang aku yang terjejas teruk masa tu. Doktor Nephro siap pesan lagi, selain drip ni, kalau mampu, minum la air 3L sehari untuk bantu bersihkan buah pinggang.. masa ni urin aku berwarna sangat gelap, dah bercampur darah skali rasanya. Kadang-kadang ngalahkan Nescafe O kalernya - kondisi ini dipanggil, hematuria. Setiap subuh, akan ada HO yang kejutkan aku untuk ambik darah bagi renal profile (RP). Dah la satu badan dah kembung, habis lebam sebab urat aku halus - susah nak ambik darah. Kadang-kadang 2,3 orang HO datang try & error. Aduhhhh.
Pada malam sebelum pembedahan nurse dah datang bagitahu yang aku kena puasa untuk operation esoknya. Keesokkan pagi, subuh-subuh lagi nurse cakap yang aku dah boleh siap-sedia untuk dibawa ke dewan bedah. Apa lagi, aku mandi kasi wangi lepas tu pakai baju operation, then duduk tunggu stretcher sampai. Masa ni aku dah berdebar-debar gila. Aku duk ulang baca doa tidur je- ye lah aku mungkin tidur tak bangun-bangun wey. Aku ulang doa tidur smpai la aku dibius.
Pembedahan mengambil masa lebih kurang 4,5,6 jam la.Ntah nya aku pun tak pasti. Yang pasti, Umi aku cakap yang Dr. Anita keluar dari dewan dengan muka gembira sambil mengucapkan tahniah kepada ahli keluargaku. Katanya, alhamdulillah, tahniah kerana semuanya sudah selamat dan ianya hanyalah fibroid-bukan kanser. Jadi tak perlu sebarang kimoterapi selepas ini. Umi aku dan Dr. Anita sama-sama nangis sambil berpelukan.
Sewaktu berjumpa pakar bius tempoh hari, beliau ada menyatakan kebimbangan yang aku mungkin akan terus koma dan mungkin akan dimasukkan ke ICU selepas pembedahan. Namun, dengan kuasa Allah swt, selepas pembedahan, keadaan kesihatan aku amat baik dan aku mampu bertindak-balas kepada para doktor. Maka aku terus dibenarkan dibawa ke Wad Mawar semula. Kaki aku dibalut dengan mesin pengurut bagi melancarkan aliran darah. Betapa rimasnya sebab panas sangat. 2,3 jam selepas pembedahan tu aku mulai sedar sebab terasa amat dahaga. Rupanya baru ku tahu, bila kita menjalani pembedahan, tekak akan rasa berkahak dan batuk-batuk tu perkara biasa. Cuma ianya azab sebab aku kan operate kawasan perut..nak batuk kan tenaga datang dari kawasan perut...bayangkanlah kesakitannyaaaaaa..rasa macam nak terburai balik tempat operate tu.
Nampak tak macam mesin sebelah aku dalam gambar tu? Tu la mesin yang ada ubat tahan sakit - morfin. Setiap pesakit yang baru siap dibedah selalunya dibekalkan dos morfin ni. Pesakit boleh tekan sendiri dos ni setiap kali rasa sakit. Ada pesakit yang tak dan dan asyik duk tekan sampaikan mesin ni hang! Aku pulak, punya la lalok, tak rasa sakit apa pon, tak tekan sampai sudah. Sewaktu nurse datang meronda dorang terkejut bila tengok morfin aku masih lagi banyak. Apa lagi dorang yang tekankan. Selepas operation ni aku rasa penat duk asyik batuk je manjang. Rasa kering tekak tapi tak lapar. Lagipun aku tidak dibenarkan makan dulu sebab operation tu kan usik organ dalaman aku. So kena hati-hati, kot terkejut.
Lalu bermula la episod sebagai pesakit dengan titlte "Post laparotomy myomectomy for leiomyoma". Canggih kann nama operation aku tu. Itu la yang aku dengar setiap pagi bila HO repot kepada Doktor datang meronda. Lagi satu, sedar-sedar dari operation aku perasan ada 3 tiub amenda ntah tergantung at leher aku. Rupanya, sewaktu pembedahan Dr.Anita dah siap-siap pasangkan tiub2 kat part yang doktor toreh untuk letak ivc filter sebelum ni, sebab dia tengok badan aku dah kembung dan bengkak, susah nak ambik darah dan masukkan air ke apa. Dan selepas ni, menyusul lah episod huru-hara aku. Penyakit dah buang, penyakit lain pulok dapat! Aduhai
No comments:
Post a Comment
Say something... ^_^