"Post laparotomy myomectomy for leiomyoma" lah yang aku dengar setiap pagi sewaktu rondaan rutin dilakukan oleh Doktor Pakar. Fibroid aku tu 'leiomyoma' dan 'laparotomy myomectomy' merujuk kepada bukaan di abdomen tu. Selepas pembedahan, luka operation aku sembuh dengan cantik-bak kata Doktor.. takde nanah, takde komplikasi berkaitan luka. Cuma keadaan buah pinggang yang sebelum ini dikompress oleh fibroid, masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Bacaan GFR yang sangat rendah, lebih kurang 17 je. Creatinine pulak baru nak turun, dalam range 500++.. Pendek kata, keadaan kidney aku sangat tenat. Oleh itu, Doktor Nephro mengarahkan aku diberikan 5 beg drip setiap hari. Bayangkan 5 beg sehari, 10 hari = 50 beg wei! Tambahan pula, aku dipasangkan CBD - beg urin..masuk lah air berapa banyak pun, takkan merungut untuk ke tandas lah..Badan aku masa ni lebam-lebam teruk sangat sampaikan drip dimasukkan ikot salur kat leher tu, darah pun ambik melalui situ je.
Dua hari selepas pembedahan, Dr. Anita sempat meluangkan masa melawat aku di HRPZ (II). Dia mengucapkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan. Sambil tu, sempat juga dia memberitahu kepada nurse supaya menghentikan drip kepada aku. Katanya, " Saya rasa dah boleh hentikan drips dulu ni, dah lebih air ni. Patient dah lebih air ni". Tapi nurse tetap bertegas, kata mereka, ini arahan dari unit nephro dan mereka tak berani untuk ingkar. 5 hari setelah pembedahan, aku dibenarkan pulang ke rumah. Waktu ni aku dah rasa tak sedap badan. Badan aku sangat-sangat kembung masa ni, kembung dengan air. Aku ingat lagi bertanyakan kepada salah seorang HO in charge, " Doc, kenapa saya rasa macam lelah bila nak baring ya?", lalu dijawab, " Kalau rasa macam tu, lapikkan bantal kat belakang badan,tinggikan sampai rasa selesa, jangan lupa naikkan juga katil". Jadi aku ingatkan takde hal la rasa lelah camtu. Drip aku hanya dihentikan pada saat-saat akhir sebelum pulang je wey. Gigih la dorang nak dripkan aku. Masa ni, aku tak muat baju yang aku bawak wei.. baju aku yang saiz XXL tu tak muat. Bayangkan betaapa kembung nya aku masa ni.
Balik je rumah, malam tu, ngantok sangat dah, aku cuba nak baring tapi tak boleh. Rasa macam sesak nafas gitu. Tapi sebabkan dah tanya Doktor awal-awal, katanya takde apa hal cuma tinggikan bantal je, so aku tinggikan lah..alamatnya, keadaan duduk ialah paling selesa. Banyak masa aku duduk depan tv je. Tak larat nak bergerak walau ke tandas. Gerak 5 langkah dah tercungap-cungap. Makan minum semua umi sediakan. Aku tidur dalam keadaan duduk 90 darjah ya selama 5 hari. Waktu ni badan aku sekembung-kembung amat. Bagai dipam angin! Kulit aku pun habis pecah, menggelupas dan merekah. Aku memang tak larat nak berjalan - jadi mengah macam lari pecut! Badan aku berat gila. Nak cakap pun tercungap-cungap. Tapi aku tetap jugak bertahan. Sebab hari ke 10 selepas pembedahan, aku perlu ke Wad Mawar untuk membuka stapler pembedahan. 30 Mei 2018, aku ke Wad Mawar, HRPZ (II). Sampai je sana, aku naik kerusi roda. Masih tak mampu berjalan. Waktu di wad, berat aku ditimbang, 80kg weh!! 80kg penuh kembung dengan air.
Nurse mintak aku tunggu di bilik rawatan untuk buang stapler. Prosedur ni simple saje, day care je. Bila nurse suruh baring, aku cakap, " saya tak boleh. Lemas." Aku cakap kat nurse, "buang je cepat-cepat ya nurse. Saya rasa lemas, tak boleh bernafas!" Laju je tangan Nurse Che Pah buang 34 stapler tu. Serius, kelemasan mengatasi sebarang kesakitan. Siap je buang stapler tu, nurse keluar untuk memanggil Doktor untuk memberikan pengesahan. Aku mintak untuk duduk sebab aku memang rasa sesak nafas. Datang je doktor, tekejut beruk semua orang! Sebenarnya, keadaan aku sangat-sangat tenat!!
Aku terus diarahkan masuk wad serta merta! ECG, ECHO ujian jantung terus diaturkan. Aku sebenarnya sedang kelemasan. Air sudah memasuki paru-paru dan juga menjejaskan jantung. Keadaan aku didiagnosis kan sebagai, APO (Acute Pulmonary Eodema). dilated cardiomyopathy. Keputusan ECHO menunjuk kan 31% , kemerosotan fungsi jantung yang teruk. Aku dipakaikan salur oksigen untuk membantu pernafasan. Serta merta aku diberikan Lasix untuk buang air berlebihan dalam badan dan juga bisoporolol untuk menstabilkan jantung. Elok aku berehat di wad, datang pulak unit infection control, katanya macam ada terjumpa kuman e-coli dalam urin aku. Maka nya aku perlu dipindahkan ke bilik pengasingan. Aku di situ sehingga lah dibenarkan pulang pada 6 Jun 2018. Takde jangkitan e-coli pun cuma langkah berjaga-jaga je. Punya la boring kan sebab terasing. Nasib baik la Dr Syahrin bertugas di Wad Mawar ketika tu. Dia je la yang sudi jenguk-jenguk aku.
sebelum & selepas Lasix selama 6 hari
muka tak dapat terima hakikat kena warded balik-isolation room pulak tu
allowed to go home after a week. Sooo happy!
TCAs and appointment masih ada lagi. Tapi stakat ni aje lah cerita bersiri ni.
Aku tak larat nak cerita in details, sebab nanti korang makin tak paham, complicated sangat.
Kiranya ok lah cerita stakat ni. Lepas ni jangan lupa jaga makan, jaga kesihatan.
Antara perkara yang aku selalu ambil remeh sebelum ni.
Ok bye! Next entry aku tunjuk evolusi seorang Kapika ya
If you have any questions regarding fibroid, or the treatment or want me to recommend the Doctor for you, just drop your message in the comment section below.
No comments:
Post a Comment
Say something... ^_^