Tuesday, November 15, 2011

Sambungan lagi..Umrah & ziarah Syria-Jordan

Perjalanan diteruskan lagi,sambungan dr sini


Ini berjubah! Jubah ni Umi belikan waktu dia pegi umrah tahun sebelum tu. Semangat.
Ceh,muka berkerut2,,terik matahari,pdhl awl lg.
Ni kt Queen Alia Airport Amman Jordan.
Next stop, Orchid Hotel untuk breakfast!

Di lobi hotel,unik.
Semua ni dh include dlm package,ikot je la.
haha, sarapan ala arab..
Ingt kn cmne la,rupanya..
roti,roti,roti,buah zaitunsss,pastu ade la beberapa bahan yg xpasti..
tp ngap je la..apa nk bimbg sgt,kan kan :D
Rupanya org arab ni mkn roti byk giler lah,
kalo xsilap,lpas trip ni la sy jd gila roti kot.hahaha

Lebih kurang kul 9 pagi,lepas siap2 breakfast sumer,
kami terus gerak ke Dead Sea aka Laut Mati,
Tempat plg rendah di dunia.
Sebenarnya,kami sepatutnya pegi ke gua tinggalan Ashabul Kahfi terlebih dulu,
tp kami opted untuk ke Laut Mati,sbb kami di tukarkan ke rombongan lain.
Pihak Al-Quds nk kami duk dgn rombongan tu,
sbb akan terus ke Syria selepas Laut Mati,
yg mana rombongan yg asal stay lama skit kt Jordan.
So,ok la,ikot je,senang citer.

otw ke Laut Mati

Kami dibawa ke Amman Beach,
satu kawasan peranginan kt sana.
Untuk mandi-manda & lunch skali!

Selepas selesai mandi-manda & makan di resort di Laut Mati,
kami terus ke Damsyik,Syria,by bus jugak la.
Kami menginap di Hotel Boustan,Damsyik, dkt jgk dgn Four Season hotel.
Damsyik jugak dikenali sbg Damascus.
Nanti kalo ke sana boleh la ke Hotel Boustan. *promo*

Ronda Syria,
kami dibawa ke Busra,Syria.
Di Busra ni byk sgt tinggalan zaman kegemilangan Islam,
kubu2,masjid2, cathedral, dan arca2 mmg byk.
Btw, Syria ni kalo dlm bahasa yg kita belajar ialah SYAM.
familiar kan? Kan belajar pendidikan islam & sejarah kan..ingt?

Kami terus di bawa ke satu tinggalan Cathedral iaitu

di dalam Cathedral Bahira

Cathedral ini mmg salah satu tempat yg penting dlm sejarah islam,
disini Bahira,seorang pendita,telah memberitahu kpd bapa saudara Nabi Muhammad saw,
tentang kenabian baginda. Waktu itu Nabi Muhammad saw berumur 12 tahun.
Bahira ternampak sekepul awan yg meneduhi caravan yg turut disertai Nabi Muhammad di sepanjang perjalanan mereka,lalu memberitahu akan kenabian baginda dan menyuruh bapa saudara Nabi, Abu Talib untuk menjaga keselamatan baginda.
*ingt lagi kisah itu?*
Kalau ada kesempatan boleh la ke Busra,
salah satu tapak warisan dunia jugak tu.

Byk lg tinggalan2 yg yg kami lawati,tp rasa dh mlas nk tulis semuanya :P

Lepas ronda2 kami lunch di sebuah restaurant berdekatan dgn satu tinggalan kubu yg dibina oleh Panglima perang yg tersohor iaitu, Salahuddin Al-Ayubi.
boleh tahan jgk mknan Syrian ni, cuma xtahan buah zaitun je kot,byk gilos.

*licin*

*posing gaya bebas*

*ini pokok anggur yg sedang b'buah*

*tadaaa, pemandangan kota Damsyik dr Kassioun Mountain*
Sangat2 tinggi,lebih kurang 700m dr Damsyik,dan 1200m dr paras laut,
dan perjalanan naek-turun mmg agak2 dangerous jgk la.
Byk peristiwa berkaitan dgn Bukit ni.
Bila kt atas tu,mmg nmpk seluruh Damascus,nmpk jgk negara2 berjiran.

Dinner di Restoran Al-Kamal.
Best,mmg pure Syrian menu lah.

Hari hari seterusnya,kami turut ke Aleppo, Homs..
Sempat jugak ke makam sahabat2 baginda,cucu-cicit baginda.
Kami turut berpeluang ke Masjid Umawi,tinggalan zaman Muawiyyah.
Terdapat makam Nabi Yahya,dimana menempatkan kepalanya shj,badannya di Palestin.
Masjid Umawi ni sgt-sgt luas,al maklum,masjid terbesar di Syria,
dan adalah kebiasaan untuk org Arab ni dtg lepak2,santai di Masjid.
Mmg ramai org di sini,tambahan pulak,
d luar Masjid Umawi tu je ,terdapat Souq Al-Hamidi,

Souq ni pasar lah,dlm bhasa arab. Kt sini mmg jual mcm2,rambang mata okeh!
Souq ni sgt lah panjang,expect untuk berjalan jauh,tp xde la terasa sgt pun,
sbb mata asyik duk melilau tgok brg2.
Oh lupa,alang2 ke Souq Al-Hamidi ni,sila lah ke Bakdash.
Satu kedai aiskrim yg sgt femes seantero dunia,
Cara pembuatan aiskrim ni sgt2 unik,iaitu secara traditional,
ada pesen tumbuk,kikis,mcm2 la,
rasa dia mmg sgt2 lain!
Wktu sy pegi tu,sy xtaw hape menda psal Syria kecuali ia adalah Syam.
So mane la sy taw yg kedai aiskrim tu femes,
nmpk rmai org beratur nk beli,beratur sekaki lah.
hahaha,mmg berbaloi,aiskrim tu even rasanya pun UNIK!

Berdekatan tu juga terdapat makam Rokiah as serta cicit Nabi Muhammad saw.
Pengalaman tgok org nangis2 & amalan2 pelik org Arab mmg xley lupa.
Ada yg pesen lap kan kain hijau kecik ke makam,dan semayang berlapik kn kain tu la,ish,xpaham eden.Ada yg pesen meratap,menangis teresak2.

Di Homs/Khoms kami melawat Masjid Khalid bin Al-walid,
masjid ni jgk luas dan m'pnyai halaman yg agak luas.
Tp berkunjung ke sini di ingtkn,kecurian sgt berleluasa.
Kebetulan kami pergi hari jumaat,yg menarik, wanita2 Arab turut menunaikan solat Jumaat,
dan org Arab sembahyang,mmg mcm2 pesen-almost gaya bebas.

Selepas Syria,kami terus ke Madinah. Setakat ni je la coretan trip Middle East ni.
Syria sekarang kembali bergolak,tak pasti selamat atau x untuk dikunjungi.
Kalau ada peluang,sila la berkunjung.
(^___~)v

No comments:

Post a Comment

Say something... ^_^